Thursday, July 9, 2009

adakah aku gumbira bila PPSMI dimansuhkan?

bila aku terkenangkan kembali isu PPSMI yang da byk mengusutkan kepala ramai pendidik dn student..ini la masanya utk mereka bergembira krn PPSMI telah pun dimansuhkan.. bleh la guna bm balik..haha

hakikatnya adakah aku menyukai atau gumbira dengan keputusan ini?

sebenarnya..aku 50/50..berbelah bahagi juga..aku suka dan boleh terima sekiranya diberi arahan utk mengajar dlm bi..sbb i love to speak in english..bukan aku nk kata bm ni jumud..tidak sama sekali..malah aku juga amat suka sastera melayu..so what's the point.. learning english not going to make u forgetting your roots...

Idea Dr.M penggunaan bi dlm sc n maths sgt la aku alu2 kan..kerana ia dpt kembangkan potensi pelajar2 esp.pelajar2 melayu supaya tidak duduk di dalam comfort zone sahaja..kita perlu ada cabaran sedikit, baru la boleh berjaya dan bergerak ke tapak yang lebih maju..

Namun keputusan Tan Sri Muhyidin Yasin, ku terima dengan akur..ada baiknya jika sains dan math di ajar dlm bm..agar kita xlupa kepada akar umbi bahasa melayu yang jenuh dipertahankan oleh pejuang2 bahasa melayu.. kemenangan kini di pihak mereka.. namun kawan2.. jangan la kita sempitkan fikiran kita,mempelajari bahasa inggeris akan meluputkan bahasa ibunda kita..selagi jatidiri ini sebagai rakyat malaysia..bahasa kebangsaan tetap menjadi tunjang dlm peribadi..

selaku bakal guru tidak lama lagi, aku menyambut baik setiap dasar yang ditetapkan oleh kerajaan..dan ianya bukan sesuatu yang menyebabkan aku patah semangat..malah lebih bersemangat lagi utk mengajar anak2 bangsa ku utk bersyukur dengan apa yg ditetapkan.. apa yang perlu hanya usaha utk capai kejayaan....

wah gituew..xsangka aku bermadah helah..lama da xtest power..hehe..
bm dipertahan kan..bi di mantapkan..




2 comments:

zulfitry.com said...

aku sebenarnya tak setuju benda ni dimansuhkan..sebenarnya banyak benda yang baik dapat kita ambil pabila pengajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa ingeris...

tsun said...

yat,nampaknya kamu dah bersedia utk jwb soalan temuduga..good good..