Thursday, July 30, 2009

adoiyai...kene marah dgn mak lagi..isk..isk


huhu...wawawa..mak marah aku lagik..er..maafla kalau ter'emo'..nk kata aku xmsk..aku mskkn lauk ari2..nk kata aku xkms umah..tiap2 pagi aku tukang kms umah..isk..padahal aku nk gayut kejap ngn kawan pon mak marah..isk..isk..kdg kala ku xphm dgn mak ku ini..namun ku sedar aku bersalah kpdnya..aku ptut ckp pelan2 ngn kwn ku ituew..bukannyer melalak lalak cm xpenah cakap..wakaka..isk..ku sedih bila jd cmni..

er..sabo je lah..sok..sok aku da kawen..susah lak nk dengar mak membebel aku lagi..dgr lak laki aku membebel..wakaka....
mak..yati syg mak.. tima kasih sbb byk bebel kt yati..yati byk blaja dr silap..cyg mak!!(ank manjer la katakan...~sesuai dgn gelaran ku miss manja..)~ahakzz..

Tuesday, July 28, 2009

insomia kah aku?

aku tak tahu di mana aku patut mulakan.. sebenarnya masalah ini aku da alaMI gangguan tidor..em da lama da masalah ni membelenggu aku.. fening2..aku rindu sgt nk dpt kn tido yg nyenyak semula..em susah nk tido mlm..siang aku jrg2 tido..sbb aku ngajar tusyen di siang ari..mlm..aku susah tidow lak..em..ikutkn hati aku ni..aku nk aje telan ubat tido..tp aku xtau nk dptkn kt mana..em letih tau kalau xleh tido..nk kata aku pk byk sgt..xjuge..tp kan kalau tido ngn mak..aku senang je tido..haha..manje ah..

mak aku nk aku berubat..tp aku lak xnk..huhu..aku ckp ni proses semulajadi(alasan je tu) haha.. semoga aku pulih semula..dan dapatkan semula tidur berkualiti aku..miss my sleep time..huhu

Monday, July 20, 2009

aku ketagih crite antuuu...tolong!!


em da seminggu lebey da xupdate blog ku ini..bukan xberminat nak update..tapi..ada sesuatu yang menganggu aku..pikiran aku..haha.. aku kini menjadi pembaca tegar citer antuu..waaa..aku mmg xdpt nk tahan lagi.. mak aku da marah2 da...ari2 mngadap laptop..tpi..mmg jelas penangan dia..pergh..aku kini xdpt tido dgn lena krana tringatkan citer2 antu n misteri yang aku baca setiap hari..isk..tolong..kalau ada sesapa yang bleh tolong aku ubah hobi aku ni..tolong la aku ek..aku ni da thap ketagih ni..payah nih..

Thursday, July 9, 2009

adakah aku gumbira bila PPSMI dimansuhkan?

bila aku terkenangkan kembali isu PPSMI yang da byk mengusutkan kepala ramai pendidik dn student..ini la masanya utk mereka bergembira krn PPSMI telah pun dimansuhkan.. bleh la guna bm balik..haha

hakikatnya adakah aku menyukai atau gumbira dengan keputusan ini?

sebenarnya..aku 50/50..berbelah bahagi juga..aku suka dan boleh terima sekiranya diberi arahan utk mengajar dlm bi..sbb i love to speak in english..bukan aku nk kata bm ni jumud..tidak sama sekali..malah aku juga amat suka sastera melayu..so what's the point.. learning english not going to make u forgetting your roots...

Idea Dr.M penggunaan bi dlm sc n maths sgt la aku alu2 kan..kerana ia dpt kembangkan potensi pelajar2 esp.pelajar2 melayu supaya tidak duduk di dalam comfort zone sahaja..kita perlu ada cabaran sedikit, baru la boleh berjaya dan bergerak ke tapak yang lebih maju..

Namun keputusan Tan Sri Muhyidin Yasin, ku terima dengan akur..ada baiknya jika sains dan math di ajar dlm bm..agar kita xlupa kepada akar umbi bahasa melayu yang jenuh dipertahankan oleh pejuang2 bahasa melayu.. kemenangan kini di pihak mereka.. namun kawan2.. jangan la kita sempitkan fikiran kita,mempelajari bahasa inggeris akan meluputkan bahasa ibunda kita..selagi jatidiri ini sebagai rakyat malaysia..bahasa kebangsaan tetap menjadi tunjang dlm peribadi..

selaku bakal guru tidak lama lagi, aku menyambut baik setiap dasar yang ditetapkan oleh kerajaan..dan ianya bukan sesuatu yang menyebabkan aku patah semangat..malah lebih bersemangat lagi utk mengajar anak2 bangsa ku utk bersyukur dengan apa yg ditetapkan.. apa yang perlu hanya usaha utk capai kejayaan....

wah gituew..xsangka aku bermadah helah..lama da xtest power..hehe..
bm dipertahan kan..bi di mantapkan..




Monday, July 6, 2009

HaH?! Lagi 20 hARi?

melihat kepada cuaca yang sepoi2 bahasa..em dapat ilham la plak nk mencoret kembali dlm blog kesayangan ku ni..buat masa skarang ni aku xtahu la knapa bila ada rancangan kt tv pasal kawen2 ni..aku sungguh berminat sekali.. tgk xkelip2 mata ku..hoho..sambil tgk..sambil berangan jugak sebenarnyer..hehe (gatai sungguh).. nampaknya seru da sampai..tp duit lak xcukup..eh..eh.. membebel sampai xingat tajuk utama..lagi 20 hari? knapa yek?

em bosan sungguh bila xde berita pasal chenta hati ku..amad pegi platform la plak..seperti yang di janjikan sepatutnya dia balik ke darat selasa ni..tp..wat keje lebey masa lak lagi 20 hari.. cedey aku..wawa..em tp kn aku pikir2 balik..boleh juga dia menyimpan duit utk kawen,dan aku dapat la belajar2 sesuaikan diri bila dia da ke laut..be independent la syg..hoh?!

geram pon ada.. aku baru cadang nk ajak dia dtg umah makan durian fresh dr dusun ayh ku..wah..betul kah ini..em pikir positive la yer..guna kan kelapangan dan masa kesorangan ini utk refleksi semula diri ku ini..masih byk yang perlu aku belajar sblm msuk ke alam rumah tangga nih..wakakaka..skema abis ayat..

Thursday, July 2, 2009

Bekas Pelajar UTM Skudai mati masa bersalin dlm hostel - ..

Bekas Pelajar UTM Skudai mati masa bersalin dlm hostel

--------------------------------------------------------------------------------

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibatpendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi,bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihatsekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan,berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Diadisahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan adaunsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapayang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.

4 BijiK duRiAN AyaH kU..


syukur alhamdulilah..dapat gak aku merasa durian dr dusun ayh ku..bru 4 bijik je gugur.. nyum2 sedap gak..aku pun bantai la wat sambal durian guna durian fresh ni.. sedap weyh..haha.. petang ayh aku bawak lgi durian dri dusun..kali ni dpt la separuh guni.. kecian lak tgk ayh aku angkat durian sensorang kt dusun sana..kite nk ikut die xbgi plak..
bek aku mkn puas2 durian ni..kang abg aku yg antu durian tu blik kg..xmerasa la aku..haha..