Friday, August 7, 2009

Aku kembali dengan citer baru…Episod 1: hatiku tersentuh

Ari ni seperti biasa pepagi lagi aku da tercongok kt dpn laptop compaq aku versi ketinggalan zaman..hakhak..beberapa minggu yang lepas aku telah mendapat kebenaran dari seorang kwn baik ms di skolah dulu..aku ingin wat cerpen dari kisah cintanya yg menarik bagi aku..dan aku juga ada tambah2 supaya lebih menarik..wah..so marila kite mengikuti cerita sebenar yang aku adaptasi ke dalam cerpen aku nih..(sajer gatai tangan nk buat cerpen..hakhak)

Episod 1: hatiku tersentuh

Ceritanya camni..Annisa-kwn baik ku(bukan nama sbnr),Fika-rumate nisa(bukan nama sbnr) dan aku(penulis)

Annisa tak abis2 dengan bebelannya mengenai assignment yang semakin bertimbun2,membuatkan Fika,teman sebiliknya naik bengang dengan Annisa.

Fika: cube la ko bwk bersabar..buat la satu2..tu pon xtau ker? Ko da 3thn blaja kt u,xkn xleh adapt lagi?

Annisa: isk..aku tau la..aku pning ni..byk sgt benda yg Dr. Ida nak..itu la..ini lah..sengal lak aku rasa..

Fika: pandai2 la ko nisa..

Sebagai pelajar jurusan sains komputer, annisa sentiasa terdedah dengan kemajuan teknologi terkini..namun kemajuan dalam teknologi tak pernah sekali membuatkan hidupnya terleka dengan arus lalai itu.. Pada zaman itu, friendster agak popular di kalangan pelajar2 universiti..aku pun main frenster gak(penulis mnyibuk)..

Senyuman annisa sememangnya mampu mengoda sesiapa sahaja yang memandangnya dan membuatkan sang arjuna layu dan jatuh cinta..wah..itu aku xnafikan..tapi annisa ni tak bernasib baik kerana mendapat teman lelaki yang xpernah menghargainya..kesian annisa..annisa adalah seorang sahabat yang sangat setia…sungguh tidak patut dia di abaikan oleh teman lelakinya..jahat sungguh Adli tu..

Aku: nisa aku xsuka la tgk cara adli tu treat ko..cam ko ni apa jer..cuba la ko tegas sikit.

Annisa: aku syg dia la.. aku kne sabar la skit.

Aku: sabor pe bendenyer..menyampah aku tgk dia..ade ke letak gambar pelok2 dengan pompuan lain dalam frenster..cm ko ni xtgk fs dia je..

Annisa: Sudah la yat..

Itulah Annisa, tak pernah sekali aku lihat dia melenting dengan keadaan yang menimpanya..kalau aku..aku da bising da..dia berhak yang terbaik..sian nisa..

Namun..setelah 2 bulan asyik tegang dengan teman lelakinya, Nisa menceritakan padaku tentang kawan baru yang dia kenal di frenster..Damak(bukan nama sebenar..hakhak). damak ni sangat la baik..selalu bagi nasihat pada nisa..aku pun kenal jugak dengan Damak ni..memang xdinafikan memang baik Damak ni.. Damak ni kekadang aku lihat gayanya xubah seperti seorang motivator..aku pun dia selalu motivate jugak..bagus damak ni..Nisa pernah menyatakan niatnya utk putuskan hubungan dengan Adli..tp Adli plak xmahu melepaskan Nisa.. pelik aku..bila dah jadi macam ni baru Adli tu nak terhegeh2 kt Nisa..menyampah aku tgk..wekkk..

Nisa: yat aku da bagi no.tpon aku kt damak la..

Aku: wei..ko da fikir betul2 ke? Mane tau damak tu playboy jugak ke?

Nisa: ntah la yat..aku dapat rasakan damak tu seorang yang baik dan ikhlas..

Aku: ikut rasa ko binasa la nisa oii..

Cuti semester semakin hampir, aku dan Nisa membuat rancangan utk kerja part time memandangkan kami duduk di utara tanah air..so malas la nk balik kg dulu..keje dulu..so..kami bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai kerani biasa je..Nisa seronok la dekat dengan boipren dia..aku ni jugak yang demam kuskus..Fika rumate Nisa tidak mengikut kerana dia rindu sangat nk balik kampung. Jadi aku dan nisa tinggal di dorm yang syarikat bagi pada kami dan pekerja2 lain.

Nisa seolah2 tidak selesa dengan keadaan baru ini..aku tahu suasana selalunya agak tegang dan tension..sian nisa..boipren dia pon xmau jumpa dia..pelik aku..bukannyer jauh pun syarikat kitaorg dengan tempat Adli bekerja..saja suka cari alasan..

Sedar tak sedar da dekat 2 bulan kami bekerja di Syarikat F ni..seperti biasa bila malam kami mesti tido awal..maklumla penat giler keje..tapi malam itu aku xdapat tido di sebabkan Nisa yang xhenti2 bergaduh dengan Adli menerusi telefon..da dekat 2jam da..bingit telinga aku..aku pon curi2 dengar perbualan mereka..hehe..

Nisa: knapa awak ni? Awak ni syg saya tak? Kenapa asyik mengelak je nk jumpa? Awak nk putus ke?

Adli: you kan tahu I sbnr nyer xnk ada komitmen lagi..lagi pun keje i perlukan i utk jalankan projek di Batu pahat tu..brapa kali I nak bagitau kt u..

Nisa: saya nk awak putuskan saya sekarang!!

Adli: ok. I pun da xlarat dengan u ni.. kolot! I xsuka pompuan cam u ni..suka sgt cari perhatian!

Perbualan tamat…

tunggu sambungan episod 2....

4 comments:

Anonymous said...

tahniah..cerita yang menarik..bila nk letak sambungan yg ke2?

yat_yatie said...

tima kasih awk..teruskan crita ni yer.. smbgan ke2 dlm progress..xlama lagi..tguuuuuuuu

sang kegelapan said...

salam.
cerita yg menarik..terhibur gak baca..

tsun said...

ini kisah benar? dpt tarik minat sy utk baca..good good!!